BATUK BERDARAH !!! Pengenalan Batuk berdarah adalah darah yang keluar bersama kahak ketika batuk, berpunca dari paru-paru. Darah yang keluar mungkin setitik dua, segaris atau dengan kuantiti yang banyak. Batuk berdarah mempunyai banyak punca atau penyebab. Yang penting sekali adalah memastikan darah itu keluar dari paru- paru dan bukan dari organ yang lain contohnya hidung dan perut. Menentukan punca pendarahan adalah sangat penting kerana ia dapat membezakan rawatan, jangka masa untuk sihat dan hasil rawatan. Jika anda ada batuk berdarah, sila berjumpa doktor dengan segera supaya punca batuk darah dapat dikesan. Gejala Batuk berdarah adalah tanda untuk kebanyakan penyakit, dari jangkitan kuman hingga ke kanser. Selain dari batuk berdarah, pesakit juga boleh mengalami tanda-tanda berikut: Sakit dada terutama ketika menarik nafas Penat Sesak nafas (ketika rehat atau membuat aktiviti ringan) Demam Nafas laju Berpeluh waktu malam Kurang selera makan Penuru...